SEARCH

  • Highlight for Berita Sukan

Berita Sukan - Langkawi, Genting Kembali Ke Dalam Kalendar LTDL 2019

20 hours ago @ 22/03/2019

Laluan rasmi perlumbaan Le Tour de Langkawi 2019 yang akan berlangsung pada 6 hingga 13 April ini sudahpun diketahui umum. Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata jarak kayuhan 1239.6 kilometer menerusi lapan peringkat akan bermula di Kuala Lumpur dan berakhir di Pulau Langkawi. Malah penganjuran kali ini kembali Langkawi dipilih semula untuk peringkat ke-7 dan ke-8, selepas kali terakhir pada pada edisi 2015. Turut kembali dalam laluan jelajah terbesar Asia Tenggara itu ialah laluan paling mencabar iaitu zon pendakian tertinggi dan berliku di negara ini iaitu Genting Highlands. Kali terakhir pusat peranginan tanah tinggi itu menjadi laluan LTDL ialah pada edisi 2014 berikutan kerja-kerja pembinaan yang dijalankan.#

NEWS Berita Sukan Read