SEARCH

Aksi Silap Mata Tersilap


Published 2 years ago @ 30/05/2016


Ahli silap mata terkenal Indonesia, Limbad akan disiasat polis selepas seorang pelawak mengadu dicederakan lelaki itu dalam satu persembahan baru-baru ini. Ramli Hiola atau Amoy membuat laporan polis selepas perutnya cedera, didakwa ditetak dengan parang oleh suspek dalam satu persembahan silap mata di Kotamobagu 23 Mei lalu. Mangsa mendakwa tidak berasa apa-apa selepas aksi itu, namun pada keesokan-nya berasa sakit dan terdapat luka. Doktor yang merawat-nya memberitahu terdapat luka di perut Amoy selain darah terkumpul disebabkan kesan lebam. Laporan berkenaan sedang disiasat, sementara Limbad diminta hadir ke balai polis untuk siasatan lanjut. ####