SEARCH

Mata Budak Tersembul, Berdarah


Published 2 years ago @ 13/08/2016


Di India, seorang kanak-kanak berusia empat tahun hilang deria penglihatan selepas menghidap penyakit misteri sejak tiga bulan lalu, hingga mengakibatkan matanya tersembul dan berdarah. Mata Sagar Dorji pada mulanya difahamkan bengkak dan bertukar merah sebelum darah mulai keluar. Keadaan Sagar masih tidak berubah walaupun telah mendapatkan rawatan. Bapanya Pratim Dorji, 35, yang bekerja sebagai buruh merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos rawatan Sagar. Menurut Pratim, ujian makmal sahaja menelan kos hampir 12-ribu Rupee atau sekitar 622 ringgit.