SEARCH

Ziyad Timang Cahaya Mata


Published 1 year ago @ 02/08/2017


Jaguh paralimpik negara, Mohd Ziyad Zolkefli bergelar bapa selepas isterinya, Zafira Md Nasir selamat melahirkan anak sulung mereka. Difahamkan, cahaya mata perempuan itu, dilahirkan dekat Hospital Pakar An-Nur Bangi, Selangor SEMALAM. Ia selepas 16 hari Ziyad melakar sejarah memenangi pingat emas dan memecahkan rekod dunia miliknya dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 dekat London. Ziyad dan Zafira mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu, selepas dia meraih emas di Rio 2016.