SEARCH

TMJ Sambut Cahaya Mata Kedua


Published 1 year ago @ 14/10/2017


Isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan seorang putera di Wad Diraja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, HARI INI. Ini diumumkan Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan, pagi tadi. Kenyataan itu disiarkan menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers. Che Puan Khaleeda dan puteranya turut dilapor berada dalam keadaan sihat walafiat.