SEARCH

Pembinaan UiTM Kampus Baling Bakal Dimulakan


Published 1 year ago @ 21/01/2018


Pembinaan kampus Universiti Teknologi MARA, UiTM di Daerah Baling, Kedah akan memberi kesan positif terhadap sektor pendidikan di kawasan itu.Ia turut merancakkan pertumbuhan ekonomi kawasan setempat dengan pembinaan pelbagai kemudahan kelak . UiTM Baling akan dibina diatas tanah seluas 65.2 hektar di Kampung Bandar di Mukim Siong.Ahli parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim berkata,kerja-kerja pecah tanah akan dilakukan pada Mac ini. Pihaknya mensasarkan antara 25 hingga 30 peratus pelajar yang akan melanjutkan pengajian di UiTM Baling terdiri daripada anak-anak Baling sendiri. ##