SEARCH

Rentas Benua - Polis Congo Lepaskan Gas Pemedih Mata Bagi Menyuraikan Penunjuk Perasaan


Published 1 year ago @ 23/01/2018


Polis di Congo telah melepaskan gas pemedih mata dan tembakan bagi menyuraikan ribuan penunjuk perasaan anti-kerajaan di negara itu, pada Ahad lalu. Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan lebih daripada 33 yang lain tercedera dalam tindakan keras terhadap penunjuk perasaan yang meminta Presiden Joseph Kabila untuk meletak jawatan. Kerajaan memotong perkhidmatan khidmat pesanan ringkas dan talian internet bagi mengelakkan hebahan mengenai perhimpunan itu diviralkan kepada orang awam. - Chuck Schumer Tuduh Trump Tutup Kerajaan - 15 Cedera Kereta Api Langgar Penghadang Di Sydney - 14 Rakyat Syria Terbunuh Dalam Ribut Salji