SEARCH

6 Lagi Jenama Sardin Ada Cacing


Published 8 months ago @ 29/06/2018


Enam lagi jenama ikan sardin dalam tin disahkan mengandungi benda asing iaitu cacing. Produk terbabit adalah jenama TC Boy, HS Brand, Bintang , King Cup, Cinta dan Sea Fresh. Kementerian Kesihatan telah menarik balik produk itu dari pasaran dan akan dikenakan tindakan undang-undang. Sebelum ini, produk sardin jenama RANESA keluaran negara China tular di media sosial mengandungi benda asing terbabit. Tindakan menarik balik produk tersebut telah dibuat.