Kereta Polis China di Malaysia Untuk Penggambaran Filem

Fri, Feb 2nd 2018, 16:29

Susulan penyebaran gambar berunsur fitnah di laman sosial, yang menyalahkan Kementerian Dalam Negeri KDN, kerana KONONNYA membenarkan kenderaan polis di Malaysia menggunakan lambang polis negara China.

Pihak polis menasihatkan orang ramai TIDAK sewenang-wenang memuat naik maklumat palsu seperti itu, kerana ia hanya menimbulkan salah faham dan kegusaran masyarakat.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad menjelaskan, kedua-dua kenderaan dalam gambar tersebut digunakan sebuah syarikat perfileman yang sedang menjalani penggambaran filem bertajuk 'THE ORIGINAL SIN' sekitar Putrajaya.

Filem tersebut berkisar tentang kehidupan seorang pegawai polis di bandaraya rekaan bernama 'Han City' untuk tayangan dan pasaran di China.

~