Tindakan Tegas Terhadap Pengusaha Bot Jual Hasil Kepada Nelayan Asing

Sun, Feb 11th 2018, 09:35

Tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha bot tempatan yang menjual hasil laut negara kepada nelayan asing.

Ia termasuk membatalkan lesen mereka yang didapati bersalah.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan pengusaha bot tempatan yang terlibat sebagai tali barut, kerana sanggup berbuat demikian semata-mata mahu mengaut keuntungan besar.

Beliau juga mengingatkan pengusaha bot yang menggaji pekerja asing supaya tidak menyalah guna syarat lesen.

Meski Kementerian tidak mengharamkan pengambilan pekerja asing dalam industri perikanan negara, namun pengusaha bot tempatan diberi amaran supaya tidak mengambil kesempatan.

~