SEARCH


Published 1 year ago @ 11/02/2018

Bas Dua Tingkat Terbalik, 18 Maut

Sekurang-kurangnya 18 orang maut selepas bas dua tingkat terbalik di China. Menurut pihak polis, 18 orang termasuk 15 lelaki dan tiga wanita mati ditempat kejadian. Kemalangan itu berlaku apabila sebuah bas dalam perjalanan ke Tai Po dari Shatin melanggar sebuah stesen bas. Menurut beberapa penumpang - Bas itu bergerak dengan kelajuan tinggi sebelum kemalangan berlaku. 47 penumpang cedera dengan 19 orang mengalami kecederaan parah.