Tiada Masalah Kembalikan Hak-Hak Kerajaan Negeri Sarawak

Sun, Feb 11th 2018, 15:21

KUCHING - Kerajaan Persekutuan tiada masalah untuk mengembalikan hak-hak kerajaan negeri Sarawak, jika ada kuasa terambil secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Perkara itu sekali lagi ditegaskan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerajaan juga bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat tinggi untuk duduk semeja dengan jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan negeri, bagi membincangkan hak-hak negeri Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 - MA63.

Tambah Perdana Menteri, pengembalian itu demi kesejahteraan rakyat.

Selaku Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib berkata, kerajaan kini lebih jujur dan ikhlas berhubung banyak isu.

~