Bina Jalan Guna Telnologi CMA, 440 Ribu Pekebun Kecil Getah Bakal Dapat Faedah

Sun, Feb 11th 2018, 15:41

SEGAMAT - Seramai 440 ribu pekebun kecil getah di seluruh negara bakal mendapat faedah melalui penggunaan campuran getah untuk pembinaan jalan menerusi teknologi Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan-CMA

Kaedah berkenaan turut diperkenalkan dalam projek membina semula jalan Persekutuan Yong Peng-Segamat sejauh 10 kilometer dari Desa Temu Jodoh hingga Kampung Kwong Sai,di Labis, Segamat Johor.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata teknologi CMA adalah antara kaedah penurapan jalan baharu yang boleh mengurangkan keretakan,aluran dan kos penyelenggaraan masa panjang yang menjimatkan.

Penggunaan getah asli dalam pembinaan jalan bukan sahaja mampu meningkatkan pengeluaran getah negara, malah dapat mengurangkan stok getah semasa, seterusnya meningkatkan harga komoditi terbabit.

Pembinaannya bermula 23 Oktober tahun lalu dan dijadual siap pada April 2020.

~