SEARCH


Published 1 year ago @ 12/02/2018

Kementerian Pengangkutan Cadang Tambah Bilangan Lorong Di Lebuh Raya

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan bercadang untuk menambah bilangan lorong di lebuh raya bagi menampung bilangan kenderaan dan mengurangkan kesesakan. Timbalan Menterinya, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, pihaknya sedang meneliti untuk menambah satu atau dua lorong di lebuh raya yang sesak sebelum mengusulkannya kepada kerajaan. Beberapa lokasi yang dikenal pasti, antaranya dari Johor Bahru hingga Ayer Hitam.