Suu Kyi Tidak Memahami Situasi Sebenar Krisis Rohingya

Mon, Feb 12th 2018, 13:48

MYNMAR - Punca krisis Rohingya gagal mendapat perhatian pemimpin negara itu, di sebabkan kepimpinannya, Aung San Suu Kyi sendiri TIDAK memahami situasi sebenar.

Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson berkata, bagaimanapun, masih ada ruang untuk dia bertindak.

Dalam lawatannya ke beberapa buah kampung di Rakhine ; Johnson menggambarkan apa yang di lihatnya adalah kemusnahan semata-mata.

Manakala penduduk yang di temuinya amat ketakutan untuk bercakap.

Beliau juga menggesa penglibatan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk membantu hampir 700,000 Rohingya kembali ke Myanmar selepas melarikan diri ke Bangladesh.

~