Sarawak Bakal Jadi Negeri Pertama Guna my-Bas Elektrik Sepenuhnya

Mon, Feb 12th 2018, 13:50

KUCHING - Sarawak bakal menjadi negeri pertama yang menggunakan my-Bas elektrik sepenuhnya.

Ia dijangka beroperasi Januari tahun depan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Nancy Shukri, meminta Kerajaan Negeri mengemukakan surat rasmi bagi membolehkan beliau memanjangkan perkara itu kepada Kerajaan Persekutuan.

Ia berikutan spesifikasi bas telah berubah seperti yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini di bawah Skim Transformasi Bas Henti-Henti, SBST.

Mengikut perjanjian asal, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah 50 juta ringgit setahun untuk menyediakan perkhidmatan 90 buah bas berhenti-henti di 27 laluan terpilih, yang akan menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar.

~