10 Lagi Akaun Bank Dibekukan SPRM

Tue, Feb 13th 2018, 18:37

10 lagi akaun bank dibekukan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran ( J PS) Perlis berjumlah hampir 7.7 juta ringgit.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata sehingga kini jumlah keseluruhan akaun bank yang dibeku adalah sebanyak 27 dengan jumlah kesemuanya 11.7 juta ringgit.

Akaun tersebut milik Pengarah JPS dan 2 lagi individu iaitu ahli perniagaan yang ditahan sebelum ini.

SPRM juga telah merakamkan kenyataan 25 saksi bagi membantu siasatan.

SPRM sebelum ini membekukan 17 akaun bank yang bernilai 4 juta ringgit.

~