Inisiatif KR1M 2.0 Akan Diperluas Ke Kedai-Kedai Runcit Persendirian

Tue, Feb 13th 2018, 18:39

Inisiatif Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 akan diperluaskan ke kedai-kedai runcit persendirian di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ia selari dengan usaha kerajaan memastikan rakyat dapat menikmati harga barangan yang lebih berpatutan.

Perluasan ke kedai-kedai runcit persendirian itu merupakan fasa ketiga KR1M 2.0 selepas pasar raya besar melibatkan Tunas Manja Group (TMG) dan kedai serbaneka menerusi KK Super Mart.

KPDNKK mensasarkan untuk mewujudkan 3 ribu kedai KR1M 2.0 diseluruh negara dalam tempoh 3 tahun.

~