KWSP Beri Jaminan Simpanan Ahli Tidak Terjejas

Tue, Feb 13th 2018, 18:40

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas susulan kebakaran bangunannya di Jalan Gasing, Petaling Jaya, tengah hari tadi.

KWSP berkata cawangan itu juga ditutup sementara sehingga diumumkan kelak.

600 kakitangan terselamat dalam kejadian kebakaran melibatkan enam tingkat bangunan berkenaan.

Ahli dan majikan yang mahu menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut.

Selain itu, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di

~