Kerja-Kerja Naik Taraf LTAPP, Dilaksanakan Bermula tahun Ini

Tue, Feb 13th 2018, 18:42

GEORGETOWN- Kerja-kerja menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) akan dilaksanakan mengikut beberapa fasa, bermula tahun ini.

Ia bagi memberi keselesaan kepada penumpang dan pengguna LTAPP.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNPP) Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, projek berkenaan dijangka mengambil masa 4 tahun, membabitkan peruntukan 700 Juta Ringgit.

Menerusinya, Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) akan mengoptimumkan ruang lapangan terbang, termasuk membina tempat letak kereta tujuh tingkat.

LTAPP dijangka dapat menampung sehingga 12 juta pelancong berbanding hanya 6.5 juta pada masa ini.

~