SEARCH

Proton Optimis Jualan Baik 2017


Published 2 years ago @ 04/01/2017


Proton Holdings Berhad,Proton yakin pertumbuhan ekonomi negara yang diunjur berkembang melebihi empat peratus pada 2017 memberi kelebihan terutama kepada segmen kereta mampu milik. Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif¬nya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali. Ini kerana pengguna akan mencari kenderaan yang mampu memberi lebih nilai kepada wang mereka. Juga memberikan kadar pertukaran mata wang yang lebih stabil berdasarkan pengembangan ekonomi yang mapan. Pertumbuhan ekonomi membolehkan kadar pekerjaan terus berkembang dan lebih ramai pekerja memasuki pasaran pekerjaan.