SEARCH

Cacing Parasit Serang Mata Wanita Di Oregon


Published 1 year ago @ 13/02/2018


Seorang wanita dari Oregon, Amerika Syarikat dipercayai individu pertama di dunia dijangkiti spesies cacing pada bahagian mata. Sebelum ini ia hanya berlaku pada lembu yang disebarkan lalat pemakan pelincir mata. Saintis Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, berkata 14 cacing parasit spesies Thelazia Gulosa, berjaya dikeluarkan dari mata wanita berkenaan.