Menantu Trump Dirawat Akibat Serbuk Putih

Tue, Feb 13th 2018, 16:34

Isteri Donald Trump Jr, Vanessa Trump dan dua yang lain dibawa ke hospital selepas membuka sepucuk surat mengandungi serbuk putih. Vanessa dilapor mengadu berasa loya selepas terdedah kepada serbuk itu. Pihak berkuasa bagaimanapun mengesahkan serbuk yang tidak dikenali itu tidak berbahaya. Jurucakap Jabatan Polis New York, Carlos Nieves berkata, bahan berkenaan tiba menerusi pos dan dialamatkan kepada Donald Trump Jr, anak sulung kepada Presiden Trump.

~