Edisi Terkini : Remaja Tendang Kucing Diperintah Berkelakuan Baik

Fri, Aug 17th 2018, 08:48

Gara-gara menendang seekor kucing jalanan, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret Butterworth. Tindakan remaja berkenaan dirakam sebelum tular dan mendapat kecaman netizen. Mengikut kertas pertuduhan, remaja terbabit didakwa menendang seekor kucing berusia sebulan pada 4 Mac lalu di belakang kedai perabot, Lorong Seri Menerong 4, Taman Seri Menerong, Tasek Gelugor. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Binatang 1953 (semakan 2006) (Akta 647), namun dikenakan hukuman mengikut Seksyen 91 (1) (b) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 601) kerana masih bawah umur.

-CCTV Mungkin Diwajibkan Di Taska
-Dr Nur Ilyani Bertugas Seperti Biasa
-Nafi Majlis Penasihat Kerajaan Bubar Minggu Ini
-Malaysia Cuba Dapatkan Jet Milik Jho Low

~