Edisi Terkini : Polis Nafi Pemandu Bas Meninggal Dunia

Fri, Aug 17th 2018, 16:54

Pemandu bas Rapid KL yang terbabit insiden rempuhan beberapa kereta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur malam tadi masih dirawat di Hospital Ampang.
Dia dibenarkan keluar daripada hospital petang ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya, mengesahkan perkara itu sekaligus menafikan dakwaan pemandu bas berusia 32 tahun itu sudah meninggal dunia.Lelaki berkenaan cedera di kepala dipercayai dipukul ketika ditangkap orang awam.Polis akan menjalankan siasatan lain sekiranya pemandu terbabit membuat laporan polis bahawa dia dipukul. Ujian saringan awal air kencing pemandu berkenaan telah dilakukan dan dihantar ke Jabatan Kimia.

-26 Mangsa Strok Haba Keluar Hospital
-Had Umur Kahwin 18 Tahun: Penyelarasan Undang-Undang Sedang Dilakukan
-Manifesto 100 Hari PH Kedah Dilaksanakan Mengikut Kepentingan Rakyat
-Universiti Johor Dapat Perkenan Sultan

~